Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, 19 November 2011

Antoine Henri Becquerel


Antoine Henri Becquerel
Henri Becquerel dilahirkan dalam sebuah keluarga saintis. Datuknya telah membuat sumbangan penting dalam bidang kimia listrik.Bapanya telah menyiasat fenomena pendarfluor dan pendar. Di samping mempelajari cara Wilhelm Roentgen menemui  X ray dari pendafluor,Becquerel menggunakan sumber bahan pendarfluor yang sedia ada untuk meneruskan siasatannya tentang sinaran  misteri ini.
Becquerel memilih  Potassium Unranyl Sulfate, K2UO2 (SO 4)2 sebagai bahan untuk menjalankan kajiannya.Beliau membiarkannya terdedah kepada cahaya matahari dan meletakkannya di atas plat fotografi yang dibalut dalam kertas hitam.Imej kristal uranium telah dijumpai di atas plat.Ini telah menyababkan Becquerel percaya bahawa uranium telah menyerap tenaga matahari dan ia memancar sinar X pada kemudiannya.
Pada 26 dan 27 Februari,beliau merancang untuk membuat kajian terhadap kajiannya tetapi disebabkan cauca yang mendung,beliau  telah menangguhkan kerjanya dan meletakkan plat yang diliputi uranium itu  di dalam laci. Pada 1 Mac,pada mulannya beliau percaya bahawa  imej yang samar akan dijumpai di atas plat fotografi tetapi apa yang  mengejutkanya ialah imej yang jelas telah terhasil di atas plat. Ini bermakna bahawa uranium  yang meliputi plat tersebut telah memancarkan sinaran tanpa menyerap sumber tenaga luar seperti matahari. Becquerel telah menemui keradioaktifan iaitu pancaran radiasi yang spontan dapat dihasilkan oleh sesuatu  bahan.

Kemudian, Becquerel menunjukkan bahawa radiasi yang dipancarkan oleh uranium berkongsi ciri-ciri sinar X yang tertentu,tetapi apakah yang membezakannya dengan sinar X ialah ia boleh dipesongkan oleh medan magnet.Oleh itu di dalmnya mesti mengandungi zarah bercas.Bagi penemuan radioaktif, Becquerel telah dianugerahi Hadiah Nobel 1903 bagi fizik.

No comments:

Post a Comment