Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, 19 November 2011

Kebuk Awan

Gambar bagi kebuk awan,

                  -Alat ini mengesan ketiga-tia jenis sinaran radioaktif degan memperlihatkan lintasan yang dilaluinya    
                   dalam kebuk palstik.
-Sebuah kebuk awan resapan terdiri daripada sebuah kotak palstik lut cahaya berbentuk silinder yang mempunyai dua bahagian.
-Kedua-dua bahagian dipisahkan oleh satu dasar yang diperbuat daripada plat logam hitam.

Cara berfungsi:
-Apabila sinaran radioaktif melalui ruang di bahagian atas, ia mengionkan molekul-molekul udara di sepanjang lintasannya,
-Wap yang tepu lampau mengkondensasi pada ion-ion itu untuk membentuk titisan-titisan air yang halus dan kelihatan sebagai runut-runut putih.
-Cahaya disinarkan di sisi kebuk itu supaya runut-runut putih itu dapat diperhatikan.
-Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis runut yang diperhatikan melalui kebuk awan.



Ciri-ciri runut:
(a)zarah beta – kurang padat dan tidak lurus
(b)zarah alfa – padat dan lurus
(c) sinar gama – pendek dan berselerak

Penerangan:
(a)    Zarah beta- Kuasa pengionan yang sederhana menyebabkan runut kelihatan kurang padat.Jisim yang kecil menyebabkan ia dipesongkan oleh molekul-molekul udara dalam lintasannya dan kelihatan tidak lurus.
(b)   Zarah alfa – Kuasa pengionan yang tinggi menghasilkan banyak pasangan ion, maka runut kelihatan padat.Jisim zarah alfa yang besar menyebabkan ia tidak terpesong oleh molekul udara dalam lintasannya,maka kelihatan lurus.
(c)    Sinar gama – Kuasa pengionan yang sangat rendah menhasilkan sedikit pasangan ion menyebabkan runut kelihatan pendek dan berselerak.Sinar gama tidakmempunyai jisim.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment