Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday 19 November 2011

Unit Jisim Atom

-Jisim satu atom adalah sangat kecil dan sukar dikeluarkan dalam unit ukuran jisim biasa seperti gram atau kilogram.
-Maka, satu unit yang menggunakan perbandingan di antara jisim atom lain dengan jisim satu atom karbon-12 telah diperkenalkan.
-Isotop karbon-12 digunakan sebagai rujukan kerana ia terkandung dalam banyak sebatian yang dijumpai di Bumi.
-Unit untuk mengukuran jisim atom ini dinamakan unit jisim atom atau u.j.a.
-Jisim satu atom karbon-12 ditetapkan sebagai 12 u.j.a.
-Satu u.j.a ditakrifkan sebagai jisim yang sama dengan 1/12 daripada jisim atom karbon-12 ,iaitu:
1 u.j.a = 1/12 jisim satu atom isotop karbon-12
1 u.j.a = 21.66 x 10-27 kg
-Daripada takrifan unit jisim atom di atas,
(a) Jisim satu proton,mp = 1.0078 u.j.a
(b) Jisim satu neutron,mn = 1.0087 u.j.a

No comments:

Post a Comment