Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, 19 November 2011

Tiub Geiger-Muller(Tiub G-M)

-Alat ini dapat mengesan zaraf alfa, zaraf beta dan sinar gama bergatung pada ketebalan tingkap mika yang digunakan kerana kuasa penebusan sinaran yang berbeza.
-Tiub G-M terdiri daripada satu tiub aluminium yang dindingnya bertindak sebagai katod dan satu dawai tungsten halus di ruang tengah tiub bertindak sebagai anod.
-Gas neon pada tekanan rendah diisi dalam tiub berkenan.
-Pada bahagian hadapan tiub adalah satu tingkap mika yang nipis.
-Anod disambungkan kepada punca positif manakala katod disambungkan kepada punca negatif satu beza keupayaan tinggi~450 V.
-Output tiub G-M disambungkan kepada sebuah meter kadar atau sebuah pembilang.

Cara berfungsi:
-Apabila satyu sinaran radioaktif memasuki tiub G-M, sinaran itu mengionkan molekul-molekul gas neon di dalamnya.
-Ion-ion positif dipecutkan ke katod manakala ion-ion negatif dipecutkan kea nod.
-Perlanggaran ion-ion dengan atom-atom neon yang lain menyebabkan pengionan sekunder berlaku.
-Pergerakan ion-ion ke elektrod masing-masing menghasilkan satu deyutan arus yang kecil.
-Denyutan ini akan diperkuatkan oleh satu amplifier dan kemudian dibilang oleh sebuah pembilang.Pembilang itu merekodkan bilangan denyutan arus dalam satu selang masa tertentu.
-Bilangan ini menunjukkan bilangan sinaran radioaktif yang memasuki tiub G-M itu.
-Didapati pembilang itu juga menunjukkan satu bacaan walaupun tiada sumber radioaktif berhampiran dengannya.
-Ini adalah disebabkan oleh sinaran latar belakang yang dihasilkan oleh bahan radioaktif semula jadi dalam Bumi dan alam sekitar dan sinar kosmetik dari matahari.
-Kesan sinaran latar belakang ini mestilah diambil kira dan pembetulan mesti dibuat ke atas bacaan yang diambil daripada pembilang.
-Cara mengira kadar pembilangan sinaran sebenar:
Kadar pembilangan sinaran sebenar = Kadar pembilangan dengan sumber –  
                                                                     Kadar pembilang tanpa sumber

Berikutlah gambar Tiub G-M.


Gambar dekat bagi Tiub G-M,



4 comments: