Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, 19 November 2011

Pembilang Bunga Api

-Alat ini hanya sesuai untuk mengesan sinaran radioaktif yang mempunyai kuasa pengionan yang tinggi seperti zarah alfa.
-Alat ini terdiri daripada satu kasa dawai dan seutas dawai halus tidak bertebat.
-Kasa dawai dan dawai halus itu dipisahkan pada jarak lebih kurang 2 mm.
-Satu voltan lampau tinggi(VLT)disambungkan merentasi kasa dawai dan dawai halus itu.Punca negatif disambungkan kepada kasa dawai dan punca positif disambungkan kepada dawai halus.

Cara fungsi:
-Beza keupayaan VLT ditambahkan sehingga bunga api mula terhasil merentasi ruang di antara kasa dawai dengan dawai halus.
-Kemudian beza keupayaan VLT dikurangkan sehingga bunga api berhenti terhasil.
-Apabila sumber alfa dibawa mendekati kasa dawai, bunga api dilihat dan bunyi percikan didengar.
-Ini adalah kerana zaraf alfa mengionkan molekul-molekul udara di ruang antara kasa dawai dengan dawai halus.
-Ion positif dan ion negatif akan tertarik dengan cepat kepada elektrod masing-masing yang bertentangan cas.
-Pengionan sekunder berlaku apabila ion-ion tadi berlanggar dengan molekul-molekul udara yang lain.Maka bunga api terhasil.
-Bilangan bunga api yang merentasi ruang itu memberikan satu sukatan keamatan sinaran itu.
-Kejadian bunga api itu tidak berlaku pada sela masa yang sekata menunjukkan bahawa pengeluaran sinaran radioaktif adalah satu proses rawak.

Berikutlah gambar rajah pembilang bunga api.


No comments:

Post a Comment