Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Sunday 20 November 2011

Proses Penghasilan Tenaga Nuklear

1.Pembelahan Nukleus
-Pembelahan nukleus ialah satu tindak balas di mana satu nukleus yang berjisim besar dipecahkan kepada dua atau lebih nukleus baru yang lebih ringan tetapi dengan jisim yang hampir sama.
-Apabila proses ini berlaku, terdapat penyusutan dalam jisim dan jisim yang telah hilang itu telah berubah kepada tenaga yang besar.
-Gambar di bawah merupakan proses pembelahan nukleus,



 -Apabila satu nukleus dibedil oleh satu neutron,satu nukleus baru yang tidak stabil akan terhasil.
-Pembelahan nucleus terus berlaku supaya menghasilkan nukleus yang lebih stabil.
-Nukleus-nukleus yang lebih ringan serta neutron yang baru akan terhasil.
-Jisim yang telah hilang berubah kepada tenaga dalam bentuk haba mengikut persamaan Eistein,E = mc2.
-Contoh persamaan pembelahan nukleus bagi Uranium,


2.       Pelakuran Nukleus
-Pelakuran nukleus berlaku apabila dua atom yang ringan bercantum untuk membentuk satu atom yang lebih besar disertai dengan pembebasan tenaga yang besar.
-Pelakuran hanya akan berlaku pada keadaan suhu yang amat tinggi.
-Pelakuran nukleus merupakan dasar untuk membuat bom hydrogen.
-Tenaga haba yang telah dibekalkan daripada matahari merupakan haba yang dibebaskan akibat proses pelakuran nukleus yang berlaku di permukaan matahari. Permukaan matahari mengandungi banyak gas hydrogen serta suhu yang sangat tinggi amat sesuai untuk tindak balas ini berlaku.
 Contoh Pelakuran nucleus:


Contoh persamaan pelakuran nukleus bagi deuturium,



6 comments:

  1. Kenapa pelakuran nukleus hanya berlaku pada keadaan suhu yang amat tinggi sahaja?

    ReplyDelete
  2. Sebab tenaga haha yang tinggi=tenaga kinetic yang tinggi, so.. tenaga kinetic Ni akan tolong mengatasi days tolakan antara neutron neutron beras positif

    ReplyDelete
  3. pelakuran nukleus ni berlaku dekat mana?

    ReplyDelete
  4. Apakah persamaan antara dua proses ini

    ReplyDelete